tak tau kenapa aku teringin nak mencoret sesuatu di dalam blog hari ni...kire2 hampir 5-6 bulan aku menjalinkan hubungan yang tak berkesudahan ni...c 7 tahun masih belum menghidu perbuatan aku...namun mungkin ade terase semacam aku tidak seperti dahulu....bukan niat untuk menduakan dia...tapi penantian yang tak tau di mana penghujungnya membuatkan aku mencari sesuatu yang baru...
hari ni aku memutuskan untuk menghentikan kecurangan aku....semoga aku kuat untuk tidak bermain2 dengan perasaan aku...takut2 nanti termakan diri...terasa hati semakin menyukai yg lg 1...semakin sayang....semakin cemburu pabila saat dia menceritakan tentang 'dia' yang telah berjaya memilikinya lama dahulu...disaat dia membatalkan perjumpaan yg dirancang...arghhhh....aku suka dengan dia....macam mane aku nak menempuh hari2 mendatang....takde lagi gurau senda dengan dia....takde la jelingan nakal antara aku dgn die...semakin takut untuk menerima hakikat yang hubungan kami tak menjanjikan apa2...
andai kata esok kami masih lg seperti biase mungkin aku takkan dapat lari sehingga aku pergi dari sini...itulah yang sebaik2nya...seperti nasihat seorang kawan beberapa hari yang lepas....aku sememangnye suka melihat die sejak kali pertama jejak masuk ke tempat ni...tak tau kenapa sangat menyukai cara dan perwatakan die...rasa sedikit kecewa bile aku membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan kami...banyak kenangan walaupun hadirnya die seketika cuma...walaupun aku tak dapat nak keluar macam pasangan yang lain...tapi aku selesa dengan die....cumanya dia dah mempunyai komitmen yang lain....dan aku tak boleh terus mencantas kebahagiaan orang lain demi kepentingan perasaan aku sendiri...
sebelum perasaan sayang dan cinta semakin mendalam aku harus mengundurkan diri...aku tak boleh menyeksa perasaan aku di kemudian hari...argh...rasa nak menangis pun ada sekarang ni...mungkin aku telah jatuh cinta dengan dia...mungkin telah bercambah rasa sayang daripada rasa suka tidak lama dulu....
banyak bezanya dia dan yg sorang lagi....dah seolah2 kasih aku telah berat kepada dia dan pudar rasa cinta pada yang sorang lg....uh....tangan terasa seperti nak menghubungi dan menyatakan yang aku belum bersedia nak melupakan hubungan yang telah terjalin....walaupun sudah bertekad...tapi masih mengharapkan die akan mencari aku setiap pagi....dengan sms ringkas 'good morning'....sudah cukup untuk menceriakan hari aku esok dan seterusnya...cukup dengan jelingan ringkas semasa morning briefing setiap pagi mencukupi untuk memberi semangat aku menjalani tugas setiap hari...melihat dia dari jauh pun takpe...asalkan aku dapat memandang die bagi mengubat rasa yg terpendam....
semoga aku kuat n tabah...........
No comments:
Post a Comment