skrg dah pukul 2 lbh...aku kat rumah along nak guna internet utk search map ke jalan metrowangsa, wangsa maju sbb kul 11 pg nnt aku ada interview...sbgai document controller n i hav no idea kerja ni camne in detail..hoping dapat coz bila tgk website company ni cam menarik perhatian aku coz diorang buat setup sistem documentation n filing...quite interesting...actually aku tak prepare ape2 pun sbb aku pun cam tak berani nak berharap sangat dapat kerja ni...actually kerja ni pon kontrak je...sementara dah menganggur sebulan ni baiklah aku kerje ape2 pun yg boleh meningkatkan value dalam diri aku untuk try dapat kerja yg lebih bagus...interview kul 11 but still aku tak tdo lg...esok pg2 aku balik rmh mak, print out detail company tu, g siap2 n study last minute...huhu...[rgai yang stil tak berubah dr zaman sklh rndh lg...ntah sape yang influence aku dengan perangai ni pun tak taula....
on saturday, aku ada mtest untuk kpli kat beranang...hopefully gak aku dapatla nak lepas test ni n g interview...minat nak jadi cikgu stat masa aku 2nd year study kat KUSTEM aka UMT...kenapa aku nak jadik cikgu...1st of all aku tgk aku aku ni cam seronok je jd cikgu...tp mesti letih...but yet cikgu mesti ada karisma sbgai pendidik...untuk manusia yg jenis mcm aku ni tak taula success ke x...hrp2 ok...huhuhu...doakan ye...
handphone penghubung aku dengan si dia n sahabat handai aku dah hancos mlm td...gara2 pergaduhan yang tak diduga...ini hp yg ke3 dalam tmph 7 thn aku menjadi pengguna tegar...jika dulu nokia 3315 (2thn lbh), kemudian bertukar ke nokia yg canggih skit (polifonik,ada kamera) dan yg terkini sony ericson k310i yg baru je 2 thn lbh aku pkai...kirenye purata paling lame aku boleh pkai HP adalah sekitar 2-3 tahun shj...lepas tu hancos gara2 kekerapan aku menhempaskannya ke lantai dan didnding...
entah kenapa tgn aku ni mmg ringan menghumban barang yg ada di tgn bile bergaduh dengan die...knp kami gaduh tak payahla aku bgtau...walau sekuat mana tangis aku di luar lebih kuat lagi yg kat dalam hati ni...selalu jg menyesal dengan takdir yg mempertemukan kami...tetapi lebih kerap lg aku bersyukur dengan takdir yg menemukan aku dengan dia seorang yg amat baik bagi aku...cuma kadang2 aku terlampau emosional setiap kali dia seakan2 malas untuk melayan aku yg agak manja...kadang2 aku salahkan dia sbb terlalu memanjakan aku sehingga walaupun terdapat perubahan nada yg sedikit sahaja pada suaranya boleh menyebabkan aku terasa hati...entahlah...adakah hubungan sebegini akan menyatukan kami setelah hampir 6 thn aku bersama dia...aku tak pasti...yg tentunya aku takkan meninggalkan org melainkan org yang meninggalkan aku...
aku amat pasti suatu hari nanti mungkin dia akan meninggalkan aku...tapi aku tak pasti samada semasa aku masih hdp ataupun salah seorang drp kami tiada lg di dunia ini...yg pasti jg bukan aku yang akan membuang dia dari hidup aku....sbbnya dia insan yang pertama yang mahu menerima aku sebagai pasangannya...dia insan yg pertama memberi kasih sayang yang tak terhingga...hampir setiap kali aku menngalami sebarang kesulitan dia akan sentiasa ada d sisi membantu dan menemani aku...amat baik sekali...aku amat2 bersyukur kerana mengenali dia...aku rasa jika org lain mesti takkan layan karenah aku yg macam ape je...tapi lain org lain caranya...mgkn jika bersama org lain aku tidak begitu dimanjakan n akan lebih berdikari...huhu...siapa tahu...
hari pun dah semakin menghampiri jam 4 pagi...aku rasa lebih baik aku berundur dan merehatkan diri kerana ada perkara penting yg harus aku lakukan bila sinar pagi menunjukkan cahayanya...doakan aku berjaya dengan interview hari ni n ujian mtest pada hari esok...doakan juga kejayaan aku untuk mengharungi ranjau hidup yg tak tau bila akan berkesudahan...terutama dalam perhubungan aku bersama dengan azim, insan yg amat2 aku sayangi,kasihi,cintai...
KeLMaRin Yg LuPUt MenJaDI SEcaNGkiR KeNAnGAn, kELMAriN yG lUpUT MenGunDanG SeSAlAn, YAnG Ada HanYA HAri Ini Dan MAsA DepAN, GUnakAN HAri Ini SebAik MUngkin KErana EsOk BElum TEntu MiLIk KitA SeDanGKAn SeMalAm TElah BErlALu MEninggAlkaN KiTa bUAt SelAmANYa...
kata2 pemberi semangatku...
hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Friday, March 27, 2009
Friday, March 20, 2009
bosan menghabiskan masa....
aku bosan sebab tak pandai nak menghargai masa yang ada...membazirkan masa tanpa mengendahkan betapa ruginya aku menjalani hidup sebagai manusia n hamba Allah...uhh...penantian untuk mendapat kerjaya yang baru terasa amat lambat sekali...sabar...sabar aku ada hadnya...duduk d rumah hanya akan menambahkan berat badan aku je...camne ni...wahai sesiapa di luar sana...sekiranya ada peluang kerjaya untuk aku...silalah hulurkan bantuan ye....
Friday, March 13, 2009
selepas lame aku tak lawati site ni...
hai...
almost sebulan gak aku tak jenguk site ni...duduk di rumah menjaga anak2 buah yang 3 orang tu...atleast terisi gak masa menjaga budak2...bolehla nak buat bekalan di masa akan datang...
masih dalam proses mencari pekerjaan yg baru...huish...susah betul...dan juga berharap agar permohonan aku untuk mengikuti kursus/diploma perguruan melepasi tahap pertama...harap2 tiada sebarang masalah untuk aku mendapat tempat bagi menduduki ujian yang akan dijalankan...
berita terbaru dari rakan2...esok seorang kawan sekolah aku akan mengadakan majlis bersanding sbb die dah lame nikah...berita ni pun aku baru tau minggu lepas...seronok betul die...walaupun tak rapat, aku tumpang gembira...n bulan jun tahun ni lg seorang nak kawin...kawan aku masa belajar kat utm (kustem) dulu...seronoknya...aku?entahla...
semoga aku cepat dapat kerja n boleh nak kumpul duit...hahhaha....k...cau dulu...adios...

Subscribe to:
Posts (Atom)