kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...bila dah raya semua orang pun boleh makan dengan senang hati...tak payah fikir nak berlapar dahaga lagi...mungkin perkara gembira bagi sesetengah jenis manusia yang selama ini rasa terbeban dengan ibadah yang satu ini...

selamat menyambut hari raya aidilfitri....berserta maaf zahir dan batin...ungkapan yang biasa yang menitir d bibir hampir setiap insan...ikhlas atau tidak, bermakna atau tidak setiap kata2 biarlah tuhan saja yang menentukan...kekadang perkara2 sebegini hanya dianggap sebagai budaya sahaja...tetapi yang penting setiap individu yang telah memohon kemaafan patut diberikan kepadanya hak insan yang telah menyesali perbuatannya yang lalu...namun kemaafan perlu juga diberikan kepada sesiapa sahaja yg telah membuat kekhilafan kepada kamu...tidak perlu menyimpan dendam...bagi aku memaafkan akan melegakan setiap rasa sakit dalam jiwa berkurangan...dan kisah yang menyedihkan, menyakitkan perlulah berada di dalam lipatan sejarah...sekeping hati yang tulus takkan membiarkan dirinya membenci insan lain untuk jangkamasa yg lama...jangan biarkan sekeping hati itu rosak dan menjadi busuk serta berulat...muhasabah diri dan fikirkan perkara yang indah2 ketika bersama...satu lagi...perlu diingat bahawa setiap makhluk d muka bumi ni melakukan kesalahan walaupun sekecil hama sekalipun...

balik ke kampung adalah seperti sesuatu yang wajib dilakukan apabila menjelmanya hari raya...kegembiraan menyambut hari raya amat2 menyentuh perasaan aku...bukan kerana apa...kenangan2 semasa meniti zaman kanak2 yang meriah, penuh kegembiraan...menikmati kehidupan dengan mengisi perjalanan hidup yang menyeronokkan...tak mengenal erti putus asa dalam mencuba apa2pun...masih aku ingat lagi kemeriahan menyambut hari raya...pasti setiap petang aku akan bersama2 abang, abah akan menyediakan pelita yang akan menghiasi laman rumah kami...menyangkutkan pelita berisi minyak tanah di batang kayu yang abah dah pacakkan...berlumba2 aku dan abang menyalakan sumbu pelita...melihat siapa yang berjaya menyalakan pelita dengan cepat dan kuantiti yang lebih banyak...selepas berbuka, berlumba2 kami bermain bunga api, mercun...aku tak berani nak membakar mercun...hanya membuat eksperimen membakar batu menggunakan bunga api di tangan dan berlari2 kegembiraan selain menggerakkan tagan aku membuat bentuk yg bermacam2 agak cantik percikkan bunga api itu...mercun katak, mercun roket, dan bermacam2 lagi...meriah...emak di dapur membuat kuih raya...aku sekali sekala menjenguk mak di dapur...kemudian ke luar semula mnyertai abang2 aku...pada hari pengumuman raya pasti aku dan abg2 sedia menanti di depan tv...bila telah diumumkan kami sangat2 gembira...biasanya hari raya pertama baru kami sekeluarga akan pulang ke kg...semasa arwah atuk masih ada semuanya meriah, seronok...aku dan sepupu akan berebut2 nak bermanja dengan atuk...aku akan cemburu jika atuk melebih2kan cucu2nya yg lain...aku sangat2 sayang dengan atuk...aktiviti2 di kampung pula mestila kunjung mengunjungi, ziarah menziarahi...seronok...dengan sepupu2 kami redah je rumah org2 kg tu...xdpt duit raya pun xpe...dpt mkn pun jadila...hehe...yeke...
tapi...zaman aku telah berlalu...semua hanya kenangan2 indah dalam hidup aku...

sekarang...setelah arwah atuk meninggal dunia, tiada lagi kami semua berkumpul di kanpung seperti tradisi yang sebelum2nya...wan sekarang tinggal bersama2 anak2...kadang2 ke kuala lumpur, kadang2 ke senawang, kadang2 ke palong, kadang2 ke kota bharu...tapi ikatan persaudaraan takkan putus...abah selalu bawa kami menziarahi sedare2...dan aku rajin nak ikut sbb aku nak kenal sedare2 aku...tapi orang2 zaman sekarang tak macam dulu...macam aku, jarang nak menghubungi mereka2 walaupun hanya untuk bertanya khabar...dah mmg menjadi tabiat aku begitu...kalau dengan sedara macam tu apatah lagi dengan kawan2...satu tabiat yang tak begitu baik dalam diri aku....namun sebagai manusia kita perlu m'perbaiki diri...

ape2pun...ambillah kesempatan hari raya ini untuk kita memperbaiki diri, memperbaiki hubungan sesama insan...semoga ikatan ukhuwah akan semakin erat dan membahagiakan...yg jauh kita dekat2kan, yg dekat kita rapat2kan...

Sunday, September 13, 2009

Terharu....biasakah anda merasa terharu dengan apa2 sahaja yg anda lihat, baca, alami, dengar, rasa...aku sememang seorang yg ceria tetapi mudah menangis...mudah tersentuh...mudah terasa...

aku sangat2 rasa terharu dengan pembacaan sebentar tadi...pengalaman berkenaan pengalaman hidup dan kesetiaan, jalinan kasih sayang, rasa cinta yg mendalam di antara 2 insan yg berkongsi hidup untuk saling lengkap melengkapi...hampir menitiskan air mata tapi tidak aku titiskan...betapa keikhlasan dan pengorbanan yang tulus daripada kekasih kepada kekasih demi mencapai kebahagiaan kehidupan mereka dalam menempuh perjalanan kehidupan rumahtangga...betapa suci cinta mereka sanggup bersusah senang dalam setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi...adakah aku dan dia akan menikmati cinta dan kasih sayang yang suci dan tulus seperti mereka?..

setakat ini masih belum ada dugaan yang teruk2 melanda kami...tetapi sepanjang 6tahun kami menjadi pasangan bukan satu tempoh yang sekejap...banyak pergeseran yg telah berlaku...siapa yang tahu...kadang2 perkara yang dikecohkan hanyalah kecil...tapi boleh menjadi besar...cara penyelesaiannya hanya berikan waktu kepada kami untuk menenangkan diri masing2...tidak lama...sehari pun sudah mencukupi...ntah apa2...boleh dikatakan...tapi asam garam bercinta...mesti ada masanya berperang...dan setiap kali itu kredit aku akan habis dengan pantas dek lajunya tujahan mesej berpandu aku tujukan kepada dia...belum sempat membalas telah sampai mesej berpandu yg lain...hehehe...sekarang...umur dah meningkat...tak ada lagi tujahan2 yang tidak berasas daripada aku...cuma lelapkan mata bagi menenangkan keadaan yg sedikit menyerabutkan...tindakan dia...biarkan aku bersendirian...setelah aku bersedia untuk bersama dia pasti, aku akan segera mencarinya...

kegembiraan bersama2...kesedihan...ketidakpuasan hati...biasanya aku akan kongsi dengan dia...dan kadang2 dia pujuk....kadang2 dia marah...kadang2 dia tak suka...kadang2 dia sedih...tapi aku tetap aku...aku selalu berpesan jangan kecik ati dengan setiap perbuatan dan pertuturan aku yang agak kasar kadang kalanya...terima aku seadanya sebagaimana aku terima dirinya seadanya...give n take...bertolak ansur, tolong menolong, hotmat menghormati, sayang menyayangi...walaupun aku ni bermulut jahat...tapi takdelah teruk sangat kot...sabar je dia bile dgn aku...hehehe...

kadang2 rasa bosan bla menjalani perkara yg sama...sms setiap hari, berbual di telefon kdg kalanya...berjumpa seminggu atau 2 minggu sekali...makan2, jalan2, tgk wyg...perkara yang diulang2...tapi bila dah bersua muka tak pula merasa bosan...itu yg aku rasa seronok...jika tak bertemu pada hujung minggu aku akan duduk memerap di dalam rumah...kawan ajak keluar...malas...letih...masa kalau tak dihabiskan dengan bekerja, aku duduk bersantai merehatkan diri...untuk keluar jarang dilakukan...bosan atau tak...pendapat masing2...aku lebih selesa duduk d rumah...simple je orgnya...

komitmen...aku dah bersedia untuk memberikan komitmen yang lebih lagi...dia...aku tak pasti...kahwin...kalau boleh dalam ms yg terdekat ni aku nak bersama dengan dia..pasti lebih seronok dan membahagiakan...yeke?tapi aku tak pasti...pelbagai perkara perlu difikirkan...bukan setakat bahagia berumahtangga saja...soal kewangan yg pastinya...namun ramai yang kate rezeki selepas kahwin dan dapat anak2 lain...setiap insan telah ditentukan bahagian masing2...pasti ada...habis...apa yg perlu dirunsingkan...sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup....uh...ulat lain, manusia lain...tak sama...manusia dianugerahkan akal fikiran...gunakan sebaik2 anugerah untuk meneruskan kesinambungan hidup...

apa yang perlu aku buat supaya hubungan kami (insyaallah jika berpanjangan) tidak membosankan sampai bila2...sampai ke akhir hayat...merencanakan sesuatu yang tak dijangka...sudah pasti...banyak idea...masih banyak yang belum dapat dilakukan bersama2...masih menunggu waktu yg sesuai...semoga aku berpeluang untuk menikmatinya bersama insan yang amat2 aku sayangi...

Saturday, September 12, 2009

aku dan 'dia'

sikap seseorg mempengaruhi pandangan org lain...selalunya betul...tapi kadang2 sikap seseorang tak mencerminkan diri mereka yg sebenarnye...yg tu pun aku rasa betul..don't judge a book from its cover...kadang2 betul kadang2 tidak....1st impression kadang2 betul, kadang2 tidak...kadang2 kite akan under estimate keupayaan seseorg tu dalam ape jua perkara...kadang2 kite akan overestimate keupayaan seseorg tu dalam sesuatu perkara plak...aku...lebih rela dipandang melangkaui keupayaan spy aku dapat meningkatkan kualiti diri aku untuk berjaya...matlamat hidup aku tinggi...tapi masih mencari tapak yg stabil untuk berdiri....
kenapa orang suka memandang rendah kebolehan aku...mungkin sbb aku suka bergelak ketawa...tapi aku ni nak bergelak ketawa pun ada tempatnya...takkan nak gelak tak tentu arah...seorang yang sentiasa ceria tak semestinya tidak serius dalam ape jua perkara yang dilakukan...atau takut tiada perasaan hormat dikalangan org lain kepada aku...ape kurangnya aku berbanding org lain...ape kurangnya aku dgn 'die'...aku rasa aku sggp menerima tggjwb lbh besar, lebih berat....aku sggp nak belajar n meningkatkan diri aku spy menjadi lebih baik....aku sggp berusaha untk capai matlamat aku...tapi kenapa rezeki belum memihak kpd aku...mgkn aku belum bersedia atau rezeki aku untuk mendapat ape yg aku rase patut dapat belum smpai lagi waktunya...mungkin takdir belum menyebelahi aku...takpe...semua ni pasti ada yg tersiratnya...mencari pengalaman ada sesuatu yg dilakukan sepanjang hayat...setiap hari...perbaiki diri dan pasti sesuatu yg baik akan kunjung tiba akhirnya...
antara aku dan 'dia'...ade perbezaan yg ketara...tapi mgkn perasaan aku je...
aku lebih suka bergelak ketawa tapi 'dia' lebih kepada mood setiap hari...
aku lebih suka menerima sesuatu yg baru tapi 'dia' lebih selesa dgn keadaan yg sama...
aku lebih suka bersikap cool bila ada yg cuba mengapi2kan tapi 'dia' cepat melenting jika diusik...
aku tidak cepat berpuas ati dengan apa yg ada skrg tp 'dia' terima seadanya asalkan pendapatan naik setiap tahun...
argh....kenapa bkn aku yg terpilih....ape kurangnya aku...ape lebihnya dia....takpe...aku harap peluang akan sampai juga akhirnya...
untuk meluahkan rasa tidak puas hati yg dari dulu aku pendam...ntah kemana aku harus mengadukan hal ini...aku belum dapat mendengar ape yg aku ingin dgr...
seperti yg aku pernah katakan...aku tidak mempunyai kawan yg sangat rapat untuk meluahkan segala2nya...yg amat2 memahami aku...uh uh uh....
takpela...kite keje untuk mencari rezeki..oleh itu kejela untuk mencari keredhaan Allah yg Esa...dan jalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya...ape yg penting rezeki yg halal jgn dijadikan haram kerana kesilapan kita sendiri...ok...cau dulu...da....

Tuesday, September 8, 2009

semakin hari usia kita semakin meningkat...aku masih lagi tetap orang yang sama...mungkin semakin matang meniti hari2 yang mendatang...
life cam biase...kadang2 menyeronokkan, kadang2 membosankan, kadang2 memberi tekanan, kadang2 menyedihkan, dan bermacam2 kadang2 lagi...
kawan2...macam biasa...
kerja...hm...seperti life yang aku harungi setiap hari...
puasa...penat macam mane pun tugas harus dilaksanakan juga...
pakwe...hm...cam selalu...kadang2 hepi...kadang2 gaduh...kadang2 sedih...
keluarga...bahagia seperti selalunya....
duit...memeningkan aku...malas nak fikir...
raya...tak sabar nak tggu...mggu ni rasa sangat bersemangat nak kerja...hehe...
cuti...sekejap je...cuma 4 hari (19.09.2009 - 22.09.2009)...sbb masih dalam probation period lg...tak sabar nak konfem...naik gaji n dah ada annual leave...

ape2hal pun hidup mesti diteruskan...semoga aku bahagia meniti hari2 yang mendatang...sekian terima kasih...

Saturday, September 5, 2009

puasa..

hari ni dah 14 hari umat Islam berpuasa di bulan mulia Ramadhan...pada mggu pertama bepuasa aku dah dgr cerita pasal org yang tak berpuasa...ish..tak sedaplah rasenye bile ada yg tak mampu nak mengerjakan ibadahyang aku rasa tidak begitu susah nak dilakukan...tambahan pula dalam suasana yang tidak panas..mungkin keletihan je sbb kene bergerak dan berdiri statik sahaja...tapi itu bukan alasan sbb keadaan kat kilang tu tak panas...huhu...menjadikan alasan tidak sihat mungkin aku boleh terima jika tahap kesihatan tu mmg tak mengizinkan...tapi...hendaklah ada rasa malu dan segan sbb apabila nak makan atau mengunyah di hadapan orang ramai...
bukan sesuatu yang baik untuk merasa bangga jika tidak berpuasa....tambahan lagi jika lelaki yg tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengelakkan diri daripada berpuasa...ish..malula...kenapa taknak berpuasa...lapar?letih?ish...bukan alasannya...lagipun bukan selalu kite berpuasa...sebulan je...lagi 11 bulan gi la mentekedarah ape2 yang anda suka...tak baik tau buat cam gitu...bukanlah ape..yang lelaki ni akan menjadi ketua keluarga...kalau diri sendiri tak betul camne nak memimpin ahli2 yang lain...tak seronokla...bagi aku...aku nak bakal suami aku tu atleast basic dalam agama islam tu die dalam tangan...sbb kalau die tak tau camne nak membantu aku memperbaiki diri...mmg boleh nak belajar sendiri...tapi lebih mudah dan selesa jika belajar dengan orang yang dekat dengan diri kite...yg rapat...yang kite tak rasa segan...lg bes mak abah pun senang hati sebab tak payah nak risau anak dara die nnt terkapai2...
ramai org yang mengaku yang mereka beragama islam dan marah bila ditanyakan samada mereka islam atau tidak..tapi hakikatnya rukun islam yang 5 ni jarang2 sekali dilakukan...walau pun ada yang diantaranya hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup, setahun sekali...oleh itu jangan kite lupe rukun islam yang 5 tu andai kata kita masih mengaku yang kita ni umat islam...
1. mengucap 2 kalimah syahadah
2. sembahyang 5 waktu sehari semalam
3. berpuasa di bulan ramadhan
4. mambayar zakat
5. menunaikan fardhu haji di Mekah bagi yg mampu

sememangnya aku bukan seorang yang baik dan sempurna...dan mungkin ada yang berkata aku ni tak layak nak menasihatkan sesiapa...tapi dengan ilmu yang sedikit itu aku dapat nak beringat...sesuatu itu baik atau buruk...untuk belajar sesuatu kita perlu mencari guru yang mahir dengan bidang itu...jangan lain yang ditanya lain plak jawapannya...lebih2 lagi jika yang berkaitan agama...jangan tersalah guru, sesat kita...ok...ape2pun gunakanlah otak untuk berfikir secara waras...yang penting jangan tersalah langkah dalam membuat ape2pun...menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna...terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata,perbuatan ...sendiri mau ingat ye....