kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Saturday, August 29, 2009

menjadi match maker?!

pernah atau tidak korang cuba nak mengenenkan antara c jejaka dengan c dara?
bagi aku, tak payah nak susah2kan diri untuk menawarkan diri untuk menjodohkan mereka...biarlah mereka mencari pasangan hidup masing2...tapi andai kata ada antara kawan2 aku yang nak minta tolong mungkin payah...sbb aku tak ramai kontek laki2 dan aku juga tidak mahu jika sesuatu yang bakal berlaku berpunca dari 'kepandaian' aku memperkenalkan mereka...
tetapi abang aku ada bertanyakan pada aku jika ada sesiapa dikalangan kawan aku yg sesuai dengan die...hahaha....tup2 aku terus mencadangkan kawan aku mase matrik ni...lulusan IT dari universiti yg terletak di utara malaysia skrg bekerja sebagai programmer di area sekitar kuala lumpur secara umumnya...dalam ramai2 kawan, die seorang je yang aku berani nak rekemen...sbb aku rasa dengan personaliti die tu menyenangkan aku dan aku pasti menyenangkan abg aku jugak...aku rase pilihan aku tak salah untuk menjadikan die sbgai seorang ahli dalam keluarga aku...kui kui kui...tapi abang aku masih belum mengambil langkah mula lagi...masih belum besedia kerana kawan aku tu agak stabil kehidupannya...dengan kerjaya yg ada...kire dah stabil jugala...yg abang aku ni baru hbs stadi n dah bekerja dalam 7bln je...n still searching job yg lebih stabil...
camne progress diorang mesti aku taunye...hehe...tapi yg ni 1 je...dengan org lain aku tak berani nak tolong...banyak faktor yang perlu diambilkire kalau nak jd match maker utk org ni...kalau match ikut sesedap rase jgnla...takut nanti ada jiwa yang merana...if menjadi alhamdulillah...tapi kena ikut juga kesesuaian mereka selepas berkenalan...tapi kebiasaannya bab2 jodoh n kalau dicari bagi aku susah nak datang...tapi kalau tak dicari akan ada yg datang masuk line...tapi kadang2 tak boleh pakai juga...senang cite kalau dah jodoh memang tak kemana...dicari ke tak dicari ke akan ada jika sudah ditakdirkan...ok x...huhu...
sesetengah orang amat mementingkan luaran sebagai faktor utama dalam pemilihan jodoh...dan sesetengah orang akan melihat peribadi seseorang dalam memilih seseorang sebagai pasangan mereka...bagi aku kedua2nya penting...tapi uppermost mestila peribadi seseorang tu...bagi kaum hawa adalah sangat penting dalam pencarian bakal suami...kenapa...seboleh2nya biarlah yang bertanggungjawab dan ada bekalan ilmu agama...yang mane wajib tu atlis memang dalam tangan...baru boleh nak memimpin keluarga...namun kadang2 cinta itu buta...walau sejahat mane org tu, seteruk mane seseorg tu...kalau dah jodoh sape boleh menolak...tapi hidup adalah percaturan untuk membuat pilihan...akal fikiran telah dianugerahkan kepada anda semua, maka gunakanlah dengan sebaik2nya...
keselesaan semasa bersama juga penting...macam aku...dia memang seorang yang pendiam, pemalu.......tapi aku selesa bila bersama die...kenapa ek...entahla...kalau bukan die mesti aku rasa cam sunyi dan bosan...kadang2 kami tak banyak bercakap, tapi walaupun duduk tanpa bersuara, aku tak rasa bosan...malah, rasa ingin mluangkan masa yang lebih lama lagi...masih belum berjmpa dengan seseorang yg lebih sempurna daripada die...ye ke...mungkin tiada yang sesuai dengan aku dan ingin memilih aku atas faktor fizikal@luaran yang kurang menyerlah...tapi aku tak ambik port sangat...aku masih cuba meng'updgrade'kan diri...tunggu...harap2 die akan lebih menyanyangi aku bile aku dah jadik lebih cun melecun..hadiah untuk die memilih aku sbgai alon isteri yg utama...hahaha....apa2hal biarlah masa yang menentukan segala2nya...
rupa2nya aku terlupa yang abah dah menyambut ulang tahun yg ke-65 2 hari lepas...27 ogos...ish...camne bleh lpe plak ni....aiseh...takde sape yg kecoh2...selalu aku yg bising2 hal2 camni...tapi aku lupe...anyway...selamat ulang tahun abah...didoakan semoga panjang umo, murah rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk menjalani kehidupan sehari2....
end...


kadang2...sesetengah orang suka menyalahkan orang lain diatas kesalahan yg telah dilakukan..
kadang2...sesetengah orang akan menggunakan nama orang lain apabila telah melakukan kesalahan semata2 untuk menjaga namanya apabila menceritakan kejadian tersebut kepada orang lain...
kadang2...seseorang yang menjadi mangsa akan bertindak balas diatas apa yang telah berlaku itu...maka kadang2....akan berlaku percakaran yang tak diduga....
kadang2...seseorang akan hanya mendiamkan sahaja apa yang berlaku kerana menganggap bahawa perkara tersebut tidak mendatangkan masalah kerana baginya orang sekeliling akan pandai menilai...
tetapi..kadang2...orang sekeliling buta untuk menilai sesuatu yang kita harapkan...
dan aku...hanya menunggu waktu dan masa untuk melihat apa lagi bentuk kesalahan yang tidak aku lakukan dan dituduh melakukan kesalahan tersebut di belakang pengetahuan aku...buat masa sekarang aku boleh mendiamkan diri kerana perkara tersebut tidak serius...hanya masalah terpencil...
namun...jauh di sudut hati aku seakan terasa kerana semacam ada niat untuk memalukan aku semata2 mahu mengelakkan dirinya malu apabila telah tersilap dalam kerja yang telah dilakukan...
menyakitkan hati dan aku mengeluh resah...sabar...

Sunday, August 23, 2009

pendapat aku je....

hari ni aku sempat nak menjenguk blog2 yg dah lame aku tak jenguk...semuanya disebabkan kekangan masa dah ruang untk aku melihat semua2 ni...memang bila kengkadang aku dapat luangkan masa untuk buat benda2 ni cam berbaloi skit...if nak jenguk setiap hari aku akan rasa bosan...sbb aku bukan jenis yg suke nak mengadap komputer bagi jangka masa yg lame...if sekejap2 je oklah...
ada 1 site ni yg membangkitkan pasal penutupan aurat dikalangan kaum perempuan islam...bagi aku...kes penutupan aurat ni dah jelas lagi nyata dalam agama islam yg kite cintai ni...bukankah Allah telah menetapkan yang seluruh tubuh wanita ini adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan sahaja...ape lagi yang perlu dipersoalkan...tak timbul soal ikhlas@tak, rela@tak, bersedia@tak atau ape2 lagi yang diperbangkitkan alasan untuk menolak penutupan aurat pada diri masing2...ini bukan benda main2 dan boleh ditoleransikan...tak perlu memberikan seribu satu alasan untuk mengelakkan diri anda melaksanakan tataberpakaian secara islam sekiranya alasan anda hanya berlandaskan kepada akal fikiran dan nafsu semata...jika anda tidak mahu maka anda hanya perlu fikir sedalam2nya sahaja apa yg anda lakukan itu membawa kebaikan kepada diri anda atau tidak...tak perlu membangkitkan isu walaupun si polan bertudung masih menjadi mangsa jenayah, masih melakukan perkara yang mungkar, memalukan, tidah menjaga maruah diri atau bla bla bla....ape2pun alasannya masih si polan itu menutup auratnya...apa yg terjadi atau apa yg dilakukan perlu kita jadikan iktibar sebagai peringatan untk kita menjadi lebih baik daripada si polan itu...jangan kita asyik melihat perkara negatif seseorg sahaja dan menutup perkara yg baik/positif tentang mereka...terpadamkah kebaikkan seseorg itu hanya kerana kesilapan mereka menghitung kehidupan mereka...memang telah menjadi adat menausia...sebanyak mane kebaikan yang telah dilakukan, hanya kesilapan yg 1 itu yg akan diingati sampai bila2...
kita semua tahu yg menutup aurat adalah wajib, so ape masalahnya...aku pun bukannye baik n menurut hukum hakam islam secara total, tetapi aku berusaha untuk melaksanakannya...cuma kesedaran diri yang menjadi masalah dalam diri aku...walaupun aku sedar, namun pelaksanaannya amat2 minimum untuk diri aku sbgai seorang yg mengaku islam...entah kenapa aku ni susah untuk menjadi seorang umat islam yg sejati....aku tau n sedar yg kita sebagai umat islam perlu saling ingat mengingatkan...tapi sekuat, seberani dan setekad mane aku mampu nak melakukannya...menasihatkan, menegur mereka2 hatta kawan aku...sebagai kawan aku juga perlu untuk menggunakan pendekatan yg baik dan tidak mengguris perasaan dia...uh uh uh...malang bagi aku kerana tak berupaya untuk membantu....
oleh itu, masing2 telah dibekalkan akal fikiran yang sempurna oleh Tuhan Yang Maha Esa, maka gunakanlah ia dengan sebaik2nya...ape yang terpapar di dalam skrin anda hanyalah nukilan aku yang tidak setuju dengan pendapat atau isi hati sesetengah insan yg tidak begitu bersetuju dengan penutupan aurat atas sebab hanya dia masih belum bersedia...itu adalah hak masing2...tetapi masih perlu ada insan2 yang mengingatkan....jangan memberi alasan yg tidak kukuh semata2 ingin menutup perbuatan yg anda lakukan...

hendaklah kita menjadi manusia yang lebih baik dari kalangan mereka yg terbaik...bukan menjadi lebih baik dikalangan mereka yg buruk...seperti kata2 abahku dulu....kalau awak mendapat no tercorot di dalam kelas pelajarnya bijak2,pandai2 adalah tak apa...jangan awak adalah yang terpandai dikalangan mereka yang kurang pandai...ada perbezaan diantara kalah dengan org yg bijak dan menang dikalangan org yg kurang cerdik...anda renung2kanlah...mungkin nukilan aku ni tak berapa menarik untuk dibaca namun aku sekadar nak meluahkan....sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa, aku memohon ampun dan maaf...bukan niat untuk mengguris atau mencari masalah...cuma ingin menyatakan pendapat yg terfikir di fikiranku ini...
sekian, terima kasih....

Saturday, August 22, 2009

30 hari di tempat kerja.....

hallu....selamat menyambut ramadhan yg mulia ini penuh dengan keberkatan...semoga kuat untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini dengan hati yg tenang,ikhlas,suci...aku seperti biasa bekerja dengan semangat yang biasa2 sahaja...namun, hati aku ni lebih senang dengan suasana pekerjaan yg sekarang ni...walaupun gaji tak tinggi mane pun n jawatan tak sebesar mane pun, aku lebih gembira seperti setahun yg lalu...tiada benda yg menyedihkan...everything is fine for me...
setiap tahun secara kebetulan aku sambut ramadhan d kilang ni...cam kelakar plak...n tak sangke jodoh aku dengan kilang ni kuat betul...kali ke 3 aku berpuasa di kilang ni...n alhamdulillah aku takkan rs penat sgt bile dah sampai kat rmh...sbb rumah dkat, tak payah nak bersesak2 kat jalan raye, komuter...nak balik kul 6.30 pun aku still sempat berbuka kat rumah...hehehe....
20 julai 2009 aku bekerja semula di kilang roti (Hiestand Malaysia. sekiranya aku masih bekerja di sana n tak berenti dulu, 27 julai nnt akan genap 2thn...huhu...anyway takpe...ada hikmah disebalik kejadian...aku perlu renungkan semua pengalaman untuk memotivasikan aku...kat sane dah ade sedikit sebanyak perubahan yg aku perlu ikut...so takde benda sgtlah...boleh je nak catch up...bukan susah pun...
last week 12 julai 2009, aku ade halal comittee meeting...wah...takde benda sangat tp slow2 aku belajar n menimba seberapa banyak pengalaman yg boleh...1st time aku membuat minutes of meeting...takdela susah mane..stil can handle it...if possible nnt aku nak jd committee member yg lain plak...baru bermakne...everyday aku akan belajar sesuatu yg baru...if tak banyak pun skt jadila...aku amat2 berterima kasih dengan QA manager aku especiallynye...then thanks kat mr.franz jg...semua2la...sbb menerima aku semula n mempercayai aku...ok ke tak ok ke aku kne terima dengan hati yg terbuka n dari sudut yg positif...
kini aku dah ade tempat sendiri...walaupun aku ni tak selalu duduk kat sane, atleast aku dah ade komp sendiri...tak payah nak berebut2 dengan org lain...juz mggu ni aku kene berpindah randah skt sbb ade sorg sales marketing baru masuk...tapi takpe...aku tak kisah sangat...asalkan aku dapat nak buat kerja...n aku pun kenela pandai nak arrange mase if ditakdirkan takde tempat utk aku...
sepanjang sebulan dah aku kat sini, semuanya berjalan dengan lancar...kerja ok, environment ok, hati pun lebi gembira berbanding dulu...ok...ini baru permulaan...diharapkan aku akan lebih bernasib baik selalu...hehehe....
oh ya...terlupa plak...actually aku dah start menjenguk ke kilang tu since 11 july 2009 lg...sbb name aku tersenarai masuk dalam English training...satu penghormatan utk aku sbb officially aku start keje 20 julai 2009...ok what...best betul...banyak benda yg aku refresh balik...n lebih menyeronokkan bersama2 mereka yg sporting...aku still tggu gambar2 drp instructor tu...letih aku check email hari2...tp gambar tak jg di send...huhu...xpe...nnt aku paste kat post yg akan dtg...hari2 yg sentiasa gembira telah bermula semasa aku mula2 menerima tawaran mereka...hehehe....