kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Sunday, August 15, 2010

sekiranya aku berkawan dengan seseorang yang berbangsa lain...sudah berumur...namun masih belum melewati setengah abad lg...selain daripada sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak yang sudah meningkat remaja...huhuhu...sudah sepatutnya aku tidak melayan kerana kelak aku akan mengundang permasalahan yang besar dalam hidup aku...aku tak boleh hanyut dengan perasaan ini...atau mungkin aku cuma mahu bersuka-suka bagi mengisi kekosongan yang bersarang dalam jiwa...segalanya bermula semasa bulan may dahulu...aku meminta bantuan dia untuk menghantar ke destinasi yang ingin aku tuju...makan bersama namun ketika itu aku masih boleh mengawal perasaan aku padanya...dia tidak melindungi statusnya sebagai.. dan ..kepada ... dan ..... uh....kenapa aku mengharapkan seorang yang lain walhal aku telah ada seseorang yang sudah bersama aku...hubungan kami pada dasarnya hanya sebagai kawan...aku dan dia tak berani nak menyatakan apa2...kerana tidak mahu memberi harapan walaupun kadang kala aku dan dia sering bergurau tentang perasaan masing2...
satu tempat kerja...membuatkan aku sentiasa tercari2 apabila tidak terlihat bayangnya...sememangnya aku mencari namun aku sekali-kali tidak akan menunjukkan perasaan aku ketika itu padanya kerana tidak mahu ada orang terperasankan rasa apa yang sememangnya sedang berlaku...sudah 3 kali kami kelar bersama...semuanya dilakukan secara sorok2...sememangnya aku pun tak selesa dengan keadaan yang sebegitu...tapi aku juga mahu mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku dan menyebabkan hidup aku porak peranda...sememangnya aku sedar akan risiko yang akan berlaku apabila keputusan ini telah aku ambil...untuk berjalan berdua di tempat yang terbuka adalah satu perkara yang kemungkinan besar tadak akan berlaku sama sekali...uuhhhh......
aku dapat rasakan bahawa pasti ramai yang akan menentang aku...pelbagai rintangan yang perlu aku tempuh...tapi aku menyukai dia...kadang kala berasa cemburu apabila dia menceritakan tentang ......sepatutnya aku tak boleh rasa begitu sebab die adalah kepunyaan orang lain pada asalnya...ntahla...ape nak jadi dengan aku ni....

No comments: