kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Monday, April 5, 2010

Dah lama rasanya tak meluahkan perasaan yag terbuku kat dalam hati dan fikiran kat tempat yang aku rasa selamat dan paling dipercayai bahawa tiada sesiapa pun yang akan terasa hati dengan seiap apa yang aku pendamkan...sesungguhnya perjalanan hidup di dunia ini sememangnya dugaan peri untuk dilalui...Lebih-lebih lagi cabaran yang aku pikul sebagai seorang insan yang beragama Islam pada zahirnya...Dalaman aku masih islamkah?...mungkin imanku hanya sehalus helaian rambut atau lebih halus dan nipis daripada itu...tapi bukan kepercayaan aku yang ingin aku khabarkan...masalah yang mungkin tidaklah berat untuk aku pikul bagi fikiran orang lain....
Kekasih hati merupakan orang yang paling aku percaya...namun ada batasnya untuk aku meluahkan segala-galanya...ada hati dan perasaan yang perlu aku jaga...untuk meluahkan rasa kecewa aku terhadap dirinya adalah suatu perkara yang susah untuk aku berterus-terang...kenapa ya?...manusia...berbeza-beza...ingin sekali aku menyatakan aku menginginkan seorang teman hidup yang boleh aku harapkan...dapat mendidik,menjaga,membimbing,menyelamatkan aku dalam mengahadapi cabaran hidup...ya...aku pernah nyatakan dulu dan jawapannya meyakinkan aku...kini...aku tak pasti yang dia adalah insan yang aku inginkan,dambakan...pada usia aku yang telah pun menjengah 25tahun, masa depan dia masih lagi samar-samar...tiada bayangan masa depan bersama...ke tahap yang lebih serius daripada sekarang...mungkin masih awal bagi orang lain...tapi bagi aku, pada usia begini seharusnya masing-masing perlu serius dengan matlamat yang telah dibayangkan bersama...aku betul-betul tak kisah jika dia telah berkerjaya tetapi masih mahu menunggu atau melewatkan tahap keseriusan hubungan kami...tapi jika dia kandas dengan pelajarannya....perlu dimulakan dari awal...mencari kerja dengan berbekalkan SPM...berapa lama lagi aku harus menunggu...
Matlamat aku untuk menamatkan hubungan percintaan kami kepada hubungan yang halal di sisi Islam...bukan membuang masa kepada perkara yang sia-sia...jika begitu niat aku hanya untuk bersuka-suka, lebih baik aku menyendiri...sedih,kecewa,putus asa...tak payah aku terangkan...aku tak boleh menyatakan apa yang terpendam dalam lubuk hati ni...jangan hanya memberi harapan yang tak dapat dilaksanakan,ditunaikan kepada aku kerana aku tak mahu bersusah hati kerana ia akan menyakitkan hati aku, menghampakan perasaan aku...luarannya aku kelihatan tidak matang, tidak bersedih, tidak hampa, tidak kecewa...tapi fikiran aku matang...cuma kadang kala emosi akan menguasai diri...
entah kenapa dalam masa beberapa bulan ni aku mula mengharapkan cinta baru....entah kenapa aku mengharapkan seseorang itu akan menyanyangi aku...walaupun aku telah tau bahawa jodoh kami berkemungkinan tiada...tiada apa yang aku dapat katakan disini...mungkin hati ini ingin hanya bersuka-suka kerana telah merasa bosan dan jemu dengan perhubungan yang statik ini...uhhh...keluhan demi keluhan...walaupun aku tau aku tak sepatutnya melakuka begitu....

No comments: