hari-hari berlalu dengan pantasnya...rasa masa semakin cepat berlalu...waktu bekerja 10 jam sehari seakan tak mencukupi untuk aku...terasa bagai kehidupan aku penuh terisi dengan anggungjawab di tempat kerja...sehinggakan nak meluangkan masa untuk bersenang-senang dirasakan seakan sangat rugi jika dibazirkan....jika siang terisi dengan tugasan harian, di rumah pulak masa untuk aku merehatkan tubuh bagi esok hari...kebiasaannya pukul 9 malam pasti aku telah melelapkan mata...celik je mata keesokannya dah terasa tugasan-tugasan yang menanti di tempat kerja...huish...terasa cam upah yang diperoleh tak setimpal plak...huhu...aku memang mata duitan...uik...tapi seteruk aku bekerja masih ada orang yang lebih teruk lagi...
department aku hanya ade 7 orang...qa manager,2 qa assistant, aku, dan 3 online...cukup-cukup sahaja...sekiranya kurang seorang maka akan memberi kesan kepada aku dan salah seorang qa assistant tu...biasenye anie...kesian kat aku lagi kesian dengan die...seteruk mane beban kerja aku teruk lagi bebanan kerja die...jadual yang kadang-kadang tak menentu...pasti memenatkan dan membosankan...eh...yeke?
aku rasa kalau die resign memang susahla nak dapat pengganti...die yang paling sanggup berkorban masa untuk memastikan perjalanan sentiasa lancar bagi department kami...tapi kalau anie dah tak larat sangat maka sasaran seterusnya adalah aku...kui kui kui..cam esok aku kena g kilang monitor proses pest control...dah siap-siap nak ikut mak abah g jerantut sbb ade kenduri kat rumah besan mak abah...tup tup anie mesej minta tolong aku monitor pest control esok sbb malam ni die kena kerja 7pm-7am sbb salah sorang qa-online mc n lg sorang tu bg banyak alasan taknak keje esok...aku kesian dgn die sbb kena kerja padahal hari yg sepatutnya die merehatkan diri dan meluangkan masa untuk aktiviti hujung minggu...takpela...sekali sekala...aku tak merungut pun...sbb dapat OT...double...okla tu...tambah sikit rezeki aku bulan ni...
selepas NG resign, pengganti die still dalam proses menyesuaikan diri lg...aku masih membantu setakat mane yang aku mampu...cuma berharap agar die tak mengambil masa yang terlalu lama...lain-lain perkara tiada yang kritikal...cuma masa je yang tak mencukupi untuk aku...tambahan pula 24.02.2010 ade Halal committee meeting...aku perlu menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan untuk dibentang kepada ahli mesyuarat...namun begitu aku masih perlu mendapatkan kata putus drp mr.urs mengenai tarikh mesyuarat kerana menurut beliau kemungkinan besar die perlu ke singapura mungkin berkaitan dengan masalah dengan produk...mungkin akan dikekalkan atau mungkin akan dilewatkan sehari...semua bergantung kepada keadaan...
KeLMaRin Yg LuPUt MenJaDI SEcaNGkiR KeNAnGAn, kELMAriN yG lUpUT MenGunDanG SeSAlAn, YAnG Ada HanYA HAri Ini Dan MAsA DepAN, GUnakAN HAri Ini SebAik MUngkin KErana EsOk BElum TEntu MiLIk KitA SeDanGKAn SeMalAm TElah BErlALu MEninggAlkaN KiTa bUAt SelAmANYa...
kata2 pemberi semangatku...
hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...
No comments:
Post a Comment