kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Sunday, September 13, 2009

Terharu....biasakah anda merasa terharu dengan apa2 sahaja yg anda lihat, baca, alami, dengar, rasa...aku sememang seorang yg ceria tetapi mudah menangis...mudah tersentuh...mudah terasa...

aku sangat2 rasa terharu dengan pembacaan sebentar tadi...pengalaman berkenaan pengalaman hidup dan kesetiaan, jalinan kasih sayang, rasa cinta yg mendalam di antara 2 insan yg berkongsi hidup untuk saling lengkap melengkapi...hampir menitiskan air mata tapi tidak aku titiskan...betapa keikhlasan dan pengorbanan yang tulus daripada kekasih kepada kekasih demi mencapai kebahagiaan kehidupan mereka dalam menempuh perjalanan kehidupan rumahtangga...betapa suci cinta mereka sanggup bersusah senang dalam setiap cabaran dan dugaan yang dihadapi...adakah aku dan dia akan menikmati cinta dan kasih sayang yang suci dan tulus seperti mereka?..

setakat ini masih belum ada dugaan yang teruk2 melanda kami...tetapi sepanjang 6tahun kami menjadi pasangan bukan satu tempoh yang sekejap...banyak pergeseran yg telah berlaku...siapa yang tahu...kadang2 perkara yang dikecohkan hanyalah kecil...tapi boleh menjadi besar...cara penyelesaiannya hanya berikan waktu kepada kami untuk menenangkan diri masing2...tidak lama...sehari pun sudah mencukupi...ntah apa2...boleh dikatakan...tapi asam garam bercinta...mesti ada masanya berperang...dan setiap kali itu kredit aku akan habis dengan pantas dek lajunya tujahan mesej berpandu aku tujukan kepada dia...belum sempat membalas telah sampai mesej berpandu yg lain...hehehe...sekarang...umur dah meningkat...tak ada lagi tujahan2 yang tidak berasas daripada aku...cuma lelapkan mata bagi menenangkan keadaan yg sedikit menyerabutkan...tindakan dia...biarkan aku bersendirian...setelah aku bersedia untuk bersama dia pasti, aku akan segera mencarinya...

kegembiraan bersama2...kesedihan...ketidakpuasan hati...biasanya aku akan kongsi dengan dia...dan kadang2 dia pujuk....kadang2 dia marah...kadang2 dia tak suka...kadang2 dia sedih...tapi aku tetap aku...aku selalu berpesan jangan kecik ati dengan setiap perbuatan dan pertuturan aku yang agak kasar kadang kalanya...terima aku seadanya sebagaimana aku terima dirinya seadanya...give n take...bertolak ansur, tolong menolong, hotmat menghormati, sayang menyayangi...walaupun aku ni bermulut jahat...tapi takdelah teruk sangat kot...sabar je dia bile dgn aku...hehehe...

kadang2 rasa bosan bla menjalani perkara yg sama...sms setiap hari, berbual di telefon kdg kalanya...berjumpa seminggu atau 2 minggu sekali...makan2, jalan2, tgk wyg...perkara yang diulang2...tapi bila dah bersua muka tak pula merasa bosan...itu yg aku rasa seronok...jika tak bertemu pada hujung minggu aku akan duduk memerap di dalam rumah...kawan ajak keluar...malas...letih...masa kalau tak dihabiskan dengan bekerja, aku duduk bersantai merehatkan diri...untuk keluar jarang dilakukan...bosan atau tak...pendapat masing2...aku lebih selesa duduk d rumah...simple je orgnya...

komitmen...aku dah bersedia untuk memberikan komitmen yang lebih lagi...dia...aku tak pasti...kahwin...kalau boleh dalam ms yg terdekat ni aku nak bersama dengan dia..pasti lebih seronok dan membahagiakan...yeke?tapi aku tak pasti...pelbagai perkara perlu difikirkan...bukan setakat bahagia berumahtangga saja...soal kewangan yg pastinya...namun ramai yang kate rezeki selepas kahwin dan dapat anak2 lain...setiap insan telah ditentukan bahagian masing2...pasti ada...habis...apa yg perlu dirunsingkan...sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup....uh...ulat lain, manusia lain...tak sama...manusia dianugerahkan akal fikiran...gunakan sebaik2 anugerah untuk meneruskan kesinambungan hidup...

apa yang perlu aku buat supaya hubungan kami (insyaallah jika berpanjangan) tidak membosankan sampai bila2...sampai ke akhir hayat...merencanakan sesuatu yang tak dijangka...sudah pasti...banyak idea...masih banyak yang belum dapat dilakukan bersama2...masih menunggu waktu yg sesuai...semoga aku berpeluang untuk menikmatinya bersama insan yang amat2 aku sayangi...

No comments: