SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...bila dah raya semua orang pun boleh makan dengan senang hati...tak payah fikir nak berlapar dahaga lagi...mungkin perkara gembira bagi sesetengah jenis manusia yang selama ini rasa terbeban dengan ibadah yang satu ini...
selamat menyambut hari raya aidilfitri....berserta maaf zahir dan batin...ungkapan yang biasa yang menitir d bibir hampir setiap insan...ikhlas atau tidak, bermakna atau tidak setiap kata2 biarlah tuhan saja yang menentukan...kekadang perkara2 sebegini hanya dianggap sebagai budaya sahaja...tetapi yang penting setiap individu yang telah memohon kemaafan patut diberikan kepadanya hak insan yang telah menyesali perbuatannya yang lalu...namun kemaafan perlu juga diberikan kepada sesiapa sahaja yg telah membuat kekhilafan kepada kamu...tidak perlu menyimpan dendam...bagi aku memaafkan akan melegakan setiap rasa sakit dalam jiwa berkurangan...dan kisah yang menyedihkan, menyakitkan perlulah berada di dalam lipatan sejarah...sekeping hati yang tulus takkan membiarkan dirinya membenci insan lain untuk jangkamasa yg lama...jangan biarkan sekeping hati itu rosak dan menjadi busuk serta berulat...muhasabah diri dan fikirkan perkara yang indah2 ketika bersama...satu lagi...perlu diingat bahawa setiap makhluk d muka bumi ni melakukan kesalahan walaupun sekecil hama sekalipun...
balik ke kampung adalah seperti sesuatu yang wajib dilakukan apabila menjelmanya hari raya...kegembiraan menyambut hari raya amat2 menyentuh perasaan aku...bukan kerana apa...kenangan2 semasa meniti zaman kanak2 yang meriah, penuh kegembiraan...menikmati kehidupan dengan mengisi perjalanan hidup yang menyeronokkan...tak mengenal erti putus asa dalam mencuba apa2pun...masih aku ingat lagi kemeriahan menyambut hari raya...pasti setiap petang aku akan bersama2 abang, abah akan menyediakan pelita yang akan menghiasi laman rumah kami...menyangkutkan pelita berisi minyak tanah di batang kayu yang abah dah pacakkan...berlumba2 aku dan abang menyalakan sumbu pelita...melihat siapa yang berjaya menyalakan pelita dengan cepat dan kuantiti yang lebih banyak...selepas berbuka, berlumba2 kami bermain bunga api, mercun...aku tak berani nak membakar mercun...hanya membuat eksperimen membakar batu menggunakan bunga api di tangan dan berlari2 kegembiraan selain menggerakkan tagan aku membuat bentuk yg bermacam2 agak cantik percikkan bunga api itu...mercun katak, mercun roket, dan bermacam2 lagi...meriah...emak di dapur membuat kuih raya...aku sekali sekala menjenguk mak di dapur...kemudian ke luar semula mnyertai abang2 aku...pada hari pengumuman raya pasti aku dan abg2 sedia menanti di depan tv...bila telah diumumkan kami sangat2 gembira...biasanya hari raya pertama baru kami sekeluarga akan pulang ke kg...semasa arwah atuk masih ada semuanya meriah, seronok...aku dan sepupu akan berebut2 nak bermanja dengan atuk...aku akan cemburu jika atuk melebih2kan cucu2nya yg lain...aku sangat2 sayang dengan atuk...aktiviti2 di kampung pula mestila kunjung mengunjungi, ziarah menziarahi...seronok...dengan sepupu2 kami redah je rumah org2 kg tu...xdpt duit raya pun xpe...dpt mkn pun jadila...hehe...yeke...
tapi...zaman aku telah berlalu...semua hanya kenangan2 indah dalam hidup aku...
sekarang...setelah arwah atuk meninggal dunia, tiada lagi kami semua berkumpul di kanpung seperti tradisi yang sebelum2nya...wan sekarang tinggal bersama2 anak2...kadang2 ke kuala lumpur, kadang2 ke senawang, kadang2 ke palong, kadang2 ke kota bharu...tapi ikatan persaudaraan takkan putus...abah selalu bawa kami menziarahi sedare2...dan aku rajin nak ikut sbb aku nak kenal sedare2 aku...tapi orang2 zaman sekarang tak macam dulu...macam aku, jarang nak menghubungi mereka2 walaupun hanya untuk bertanya khabar...dah mmg menjadi tabiat aku begitu...kalau dengan sedara macam tu apatah lagi dengan kawan2...satu tabiat yang tak begitu baik dalam diri aku....namun sebagai manusia kita perlu m'perbaiki diri...
ape2pun...ambillah kesempatan hari raya ini untuk kita memperbaiki diri, memperbaiki hubungan sesama insan...semoga ikatan ukhuwah akan semakin erat dan membahagiakan...yg jauh kita dekat2kan, yg dekat kita rapat2kan...
No comments:
Post a Comment