kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Sunday, December 6, 2009

semalam,esok,hari ini...apa yang telah,akan,sedang berlaku...

yesterday was history...
tomorrow still mystery...
today is .............

hai...perjalanan hidup masih panjang atau sudah terlalu hampir ke penghujungnya...mengeluh panjang bila memikirkan masih banyak yang aku nak buat, fikirkan, belajar...cukupkah masa untuk aku melunaskan perkara, perancangan, hajat yang masih belum tercapai atau dilaksanakan...

sesetengah orang berpuas hati dengan pencapai yang telah dkecapi sampai setakat ini...tapi aku masih belum puas...masih mahukan sesuatu yang lebih...dalam segala-galanya...kenapa aku ni tak pernah nak berasa puas dengan pencapaian yang sekarang ini...bermakna aku ni jenis yang tak bersyukur atau memimpikan perkara-perkara yang tak tercapai dengan kemampuan aku...

tak yakin dengan ketentuan yang sekarang atau aku terlebih over confident...membayangkan aku mampu untuk mendapat/melakukan perkara yang lebih mencabar/setimpal dengan kemampuan diri....adoi...kadang-kadang angan-angan yang terlampau tinggi juga jika tak dapat nak dicapai mungkin akan menyebabkan aku lemah semangat...tapi aku bukan jenis yang macam tu...selagi ada akal fikiran, aku masih mampu nak berfikir dengan waras...

untung rugi nasib diri siapa yang tahu...hanya takdir yang telah ditentukan oleh yg Esa..dan kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan...di mana ada kehendak, di situ ada jalan...kadang-kadang jalan telah dibuka tapi kita yang tak nampak/pasti...hidup kita sentiasa perlu membuat pilihan...membuat keputusan dengan sewaras-warasnya dan sewajarnya...kadang-kadang, kita tak dapat nak membuat keputusan dengan waras akal...kadang-kadang perlu ikut gerak hati dan kadang-kadang perlu dipengaruhi oleh orang lain (minta pendapat)...nak meminta pendapat pun perlulah kita tengok sispa juga...seelok-eloknya biarlah seseorang yang dah punya banyak pengalaman hidup,ilmu....

untuk menjadi matang kita harus berani nak membuat keputusan dan pilihan dan menerima kesan/akibat daripada keputusan yang telah diambil...kesilapan dijadikan pengajaran pada masa hadapan...bila kita membuat kesalahan, kita akan brfikir dengan lebih dalam lagi di mana silapnya kita...dan jadikan kesilapan tersebut sebagai kesilapan yang terakhir...jangan diulang lagi....

hm...sambil mengenang,merenung memikirkan apa yang aku akan lakukan pada masa hadapan...layan cite musang berjanggut pn seronok juga...hehe...ok...aku meminta diri untuk mngakhiri posting kali ni...take care....wassalam....

No comments: