hari ni aku sempat nak menjenguk blog2 yg dah lame aku tak jenguk...semuanya disebabkan kekangan masa dah ruang untk aku melihat semua2 ni...memang bila kengkadang aku dapat luangkan masa untuk buat benda2 ni cam berbaloi skit...if nak jenguk setiap hari aku akan rasa bosan...sbb aku bukan jenis yg suke nak mengadap komputer bagi jangka masa yg lame...if sekejap2 je oklah...
ada 1 site ni yg membangkitkan pasal penutupan aurat dikalangan kaum perempuan islam...bagi aku...kes penutupan aurat ni dah jelas lagi nyata dalam agama islam yg kite cintai ni...bukankah Allah telah menetapkan yang seluruh tubuh wanita ini adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan sahaja...ape lagi yang perlu dipersoalkan...tak timbul soal ikhlas@tak, rela@tak, bersedia@tak atau ape2 lagi yang diperbangkitkan alasan untuk menolak penutupan aurat pada diri masing2...ini bukan benda main2 dan boleh ditoleransikan...tak perlu memberikan seribu satu alasan untuk mengelakkan diri anda melaksanakan tataberpakaian secara islam sekiranya alasan anda hanya berlandaskan kepada akal fikiran dan nafsu semata...jika anda tidak mahu maka anda hanya perlu fikir sedalam2nya sahaja apa yg anda lakukan itu membawa kebaikan kepada diri anda atau tidak...tak perlu membangkitkan isu walaupun si polan bertudung masih menjadi mangsa jenayah, masih melakukan perkara yang mungkar, memalukan, tidah menjaga maruah diri atau bla bla bla....ape2pun alasannya masih si polan itu menutup auratnya...apa yg terjadi atau apa yg dilakukan perlu kita jadikan iktibar sebagai peringatan untk kita menjadi lebih baik daripada si polan itu...jangan kita asyik melihat perkara negatif seseorg sahaja dan menutup perkara yg baik/positif tentang mereka...terpadamkah kebaikkan seseorg itu hanya kerana kesilapan mereka menghitung kehidupan mereka...memang telah menjadi adat menausia...sebanyak mane kebaikan yang telah dilakukan, hanya kesilapan yg 1 itu yg akan diingati sampai bila2...
kita semua tahu yg menutup aurat adalah wajib, so ape masalahnya...aku pun bukannye baik n menurut hukum hakam islam secara total, tetapi aku berusaha untuk melaksanakannya...cuma kesedaran diri yang menjadi masalah dalam diri aku...walaupun aku sedar, namun pelaksanaannya amat2 minimum untuk diri aku sbgai seorang yg mengaku islam...entah kenapa aku ni susah untuk menjadi seorang umat islam yg sejati....aku tau n sedar yg kita sebagai umat islam perlu saling ingat mengingatkan...tapi sekuat, seberani dan setekad mane aku mampu nak melakukannya...menasihatkan, menegur mereka2 hatta kawan aku...sebagai kawan aku juga perlu untuk menggunakan pendekatan yg baik dan tidak mengguris perasaan dia...uh uh uh...malang bagi aku kerana tak berupaya untuk membantu....
oleh itu, masing2 telah dibekalkan akal fikiran yang sempurna oleh Tuhan Yang Maha Esa, maka gunakanlah ia dengan sebaik2nya...ape yang terpapar di dalam skrin anda hanyalah nukilan aku yang tidak setuju dengan pendapat atau isi hati sesetengah insan yg tidak begitu bersetuju dengan penutupan aurat atas sebab hanya dia masih belum bersedia...itu adalah hak masing2...tetapi masih perlu ada insan2 yang mengingatkan....jangan memberi alasan yg tidak kukuh semata2 ingin menutup perbuatan yg anda lakukan...
hendaklah kita menjadi manusia yang lebih baik dari kalangan mereka yg terbaik...bukan menjadi lebih baik dikalangan mereka yg buruk...seperti kata2 abahku dulu....kalau awak mendapat no tercorot di dalam kelas pelajarnya bijak2,pandai2 adalah tak apa...jangan awak adalah yang terpandai dikalangan mereka yang kurang pandai...ada perbezaan diantara kalah dengan org yg bijak dan menang dikalangan org yg kurang cerdik...anda renung2kanlah...mungkin nukilan aku ni tak berapa menarik untuk dibaca namun aku sekadar nak meluahkan....sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa, aku memohon ampun dan maaf...bukan niat untuk mengguris atau mencari masalah...cuma ingin menyatakan pendapat yg terfikir di fikiranku ini...
sekian, terima kasih....
KeLMaRin Yg LuPUt MenJaDI SEcaNGkiR KeNAnGAn, kELMAriN yG lUpUT MenGunDanG SeSAlAn, YAnG Ada HanYA HAri Ini Dan MAsA DepAN, GUnakAN HAri Ini SebAik MUngkin KErana EsOk BElum TEntu MiLIk KitA SeDanGKAn SeMalAm TElah BErlALu MEninggAlkaN KiTa bUAt SelAmANYa...
kata2 pemberi semangatku...
hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...
No comments:
Post a Comment