kata2 pemberi semangatku...

hidup mesti ada impian untuk berjaya di dunia dan akhirat...
berbekalkan usaha, kesungguhan, keyakinan dan tawakal kepada Allah...insyaallah hidup kite akan diberkati dan segala hasrat akan tercapai....hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan berusaha ntuk menjadi seseorang yang lebih baik pada masa hadapan...

Friday, March 27, 2009

pukul 3 pagi...

skrg dah pukul 2 lbh...aku kat rumah along nak guna internet utk search map ke jalan metrowangsa, wangsa maju sbb kul 11 pg nnt aku ada interview...sbgai document controller n i hav no idea kerja ni camne in detail..hoping dapat coz bila tgk website company ni cam menarik perhatian aku coz diorang buat setup sistem documentation n filing...quite interesting...actually aku tak prepare ape2 pun sbb aku pun cam tak berani nak berharap sangat dapat kerja ni...actually kerja ni pon kontrak je...sementara dah menganggur sebulan ni baiklah aku kerje ape2 pun yg boleh meningkatkan value dalam diri aku untuk try dapat kerja yg lebih bagus...interview kul 11 but still aku tak tdo lg...esok pg2 aku balik rmh mak, print out detail company tu, g siap2 n study last minute...huhu...[rgai yang stil tak berubah dr zaman sklh rndh lg...ntah sape yang influence aku dengan perangai ni pun tak taula....

on saturday, aku ada mtest untuk kpli kat beranang...hopefully gak aku dapatla nak lepas test ni n g interview...minat nak jadi cikgu stat masa aku 2nd year study kat KUSTEM aka UMT...kenapa aku nak jadik cikgu...1st of all aku tgk aku aku ni cam seronok je jd cikgu...tp mesti letih...but yet cikgu mesti ada karisma sbgai pendidik...untuk manusia yg jenis mcm aku ni tak taula success ke x...hrp2 ok...huhuhu...doakan ye...

handphone penghubung aku dengan si dia n sahabat handai aku dah hancos mlm td...gara2 pergaduhan yang tak diduga...ini hp yg ke3 dalam tmph 7 thn aku menjadi pengguna tegar...jika dulu nokia 3315 (2thn lbh), kemudian bertukar ke nokia yg canggih skit (polifonik,ada kamera) dan yg terkini sony ericson k310i yg baru je 2 thn lbh aku pkai...kirenye purata paling lame aku boleh pkai HP adalah sekitar 2-3 tahun shj...lepas tu hancos gara2 kekerapan aku menhempaskannya ke lantai dan didnding...

entah kenapa tgn aku ni mmg ringan menghumban barang yg ada di tgn bile bergaduh dengan die...knp kami gaduh tak payahla aku bgtau...walau sekuat mana tangis aku di luar lebih kuat lagi yg kat dalam hati ni...selalu jg menyesal dengan takdir yg mempertemukan kami...tetapi lebih kerap lg aku bersyukur dengan takdir yg menemukan aku dengan dia seorang yg amat baik bagi aku...cuma kadang2 aku terlampau emosional setiap kali dia seakan2 malas untuk melayan aku yg agak manja...kadang2 aku salahkan dia sbb terlalu memanjakan aku sehingga walaupun terdapat perubahan nada yg sedikit sahaja pada suaranya boleh menyebabkan aku terasa hati...entahlah...adakah hubungan sebegini akan menyatukan kami setelah hampir 6 thn aku bersama dia...aku tak pasti...yg tentunya aku takkan meninggalkan org melainkan org yang meninggalkan aku...

aku amat pasti suatu hari nanti mungkin dia akan meninggalkan aku...tapi aku tak pasti samada semasa aku masih hdp ataupun salah seorang drp kami tiada lg di dunia ini...yg pasti jg bukan aku yang akan membuang dia dari hidup aku....sbbnya dia insan yang pertama yang mahu menerima aku sebagai pasangannya...dia insan yg pertama memberi kasih sayang yang tak terhingga...hampir setiap kali aku menngalami sebarang kesulitan dia akan sentiasa ada d sisi membantu dan menemani aku...amat baik sekali...aku amat2 bersyukur kerana mengenali dia...aku rasa jika org lain mesti takkan layan karenah aku yg macam ape je...tapi lain org lain caranya...mgkn jika bersama org lain aku tidak begitu dimanjakan n akan lebih berdikari...huhu...siapa tahu...

hari pun dah semakin menghampiri jam 4 pagi...aku rasa lebih baik aku berundur dan merehatkan diri kerana ada perkara penting yg harus aku lakukan bila sinar pagi menunjukkan cahayanya...doakan aku berjaya dengan interview hari ni n ujian mtest pada hari esok...doakan juga kejayaan aku untuk mengharungi ranjau hidup yg tak tau bila akan berkesudahan...terutama dalam perhubungan aku bersama dengan azim, insan yg amat2 aku sayangi,kasihi,cintai...

No comments: