aku ni walaupun kadang2 menunjukkan kelemahan diri, tapi takdela sampai nak bagitau kat semua org ape yg aku buat n ape yang terjadi dengan life aku...tp sebaliknya kawan aku tu hebahkan kat semua orang dengan ape yang jadi antara kitorang...ish...tak suke btl aku nak hebahkan benda2 ni...xseronok sbb bayangkan ape orang akan fikir pasal kita sedangkan pihak yg lagi 1 tu diorang pun kenal...huhu...kalo btl kite ni baik takpe...tp kalau org tau perangai kite n perangai pihak yang 1 lagi camne mesti diorang akan compare...kalo kite baik takpe...tp kalau orang anggap kite yang tak betul camne...kite akan dapat malu free2 je...lg 1 buat ape nak hebahkan bende2 yang tak baik/tak elok ni...
aku pun tak suke nak buruk2kan orang...if terdengar something yang tak elok pasal seseorang pun aku takde nak menghebah2kan bende tu kat orang lain n aku pun tak suke sgt nak mengumpat...tp kadang2 tu ade gak...tgk kepada ape bendenyela...tipula kalau aku kate aku tak mengumpat...huhu...no one is perfect...termasuklah aku...aku masih dalam proses untuk menjadikan diri aku lebih seseorang yang lebih baik...n idola aku berbagai2...yang mane bagus untuk aku jadikan contoh aku akan jadikan die sebagai role model aku...hehe...yg paling aku kagumi abah aku sendiri...beliau seorang yang bijak dan berkarisma...banyak benda yang aku boleh jadikan contoh n kalo boleh aku nak future husband aku ada ciri2 yang ade pada abah kecuali perangai die yang sangat kuat membebel...hehehe...abah mmg suke bercakap...sbb tu abah dipasangkan dengan mak yang takdela kuat meleter...hehehe...kadang2 kelakar tgk gelagat diorg...mak sampai malas nak layan nak layan abah yang suke bercakap tak henti2...dan aku adela mewarisi perangai abah yang suke bercakap...abg kandung n abg sayang pun kadang2 letih nak dengar aku ni bercakap...beza aku dengan abah....abah bercakap mengenai sesuatu yang dapat menambah ilmu...tapi aku ni bercakap tentang benda yang ntah ape2...merepek tak tentu hala...huhuhu....
aku kagum mak dgn abah...diorg ni seimbang...ape2hal diorang adalah yang terbaik bagi aku...sebab diorg aku boleh dianggap berjaya jugakla...abis stadi n skrg pun dah berkerjaya walaupun still searching untuk dapat yang terbaik untuk diri sendiri...huhu...banyak jasa diorg kat aku...bile susah je mesti depends kat diorg...mak abah je yang sanggup nak hulurkan tangan n sambut tgn aku bile aku hampir terkapai-kapai/kalah/lemas dalam setiap masalah yg aku hadapi...cuma...aku ni bukan seorang anak yang baik dan boleh diharapkan...tapi aku cuba untuk meminimumkan masalah yang tak patut diorang tanggung...huhu...
banyak pengorbanan diorang pada aku...aku berharap dengan kehadiran aku dalam hidup diorang dapat memberi sedikit kebahagiaan n rasa bangga kerana memiliki aku sebagai anak diorang...segala nasihat, tunjuk ajar, ilmu hidup, pertolongan amat berharga untuk aku dalam meneruskan perjalanan kehidupan...semoga mak dengan abah diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dimurahkan rezeki, sentiasa dikurniakan iman dan taqwa yang teguh, tabah menghadapi hari2 akan mendatang, bahagia dan gembira sentiasa, n akan terhindar dari api neraka n dimasukkan ke dalam syurga bagi tempat2 orang2 yang beriman dan bertaqwa...amin....
mengenai kawan aku td...bawa2la kurangkan bercerita tentang sesuatu yang akan menyakitkan hati orang lain...oooppppssss....bekas kawan....sbb die dah putuskan ikatan persahabatan dgn aku dengan mewar-warkan hubungan persahabatannya dengan aku kepada semua orang...aku dah cuba buat yang terbaik untuk menjadi kawan yang berguna pada die...tp sememangnya die tak dapat menerima teguran kasar aku...n aku rasa bersalah sbb die rs sakit hati dengan aku sampai memutuskan ikatan persahabatan kami akibat nasihatku yang kasar...tetapi aku tak menyesal kerana aku akan berjumpa dengan lebih ramai kawan lagi pada masa hadapan...aku harap dia akan menjaga dirinya baik2 dan sentiasa berbahagia dengan kehidupannya...
sekian, terima kasih.......
No comments:
Post a Comment